10 Taman Tema Air & Theme Park Terbaik di Malaysia

Waterpark Malaysia

Sebut je pasal waterpark ni mesti korang ingat harga dia mahal. Salah tu. Ada je waterpark yang harga dia standard. Main la seharian sampai puas.

Lagipun cuti sekolah bakal tiba. Jadi apakata start survey mana waterpark yang nak pergi untuk bawa isteri dan anak-anak nanti.

Cara Mencari Taman Tema Air Yang Terbaik

Ni ada beberapa tips untuk anda ambil kira sebelum memilih waterpark.

  • Lokasi
  • Lokasi waterpark tu dekat mana. Jauh atau tak dari rumah. Jika nak bermalam pastikan ada hotel terdekat.

  • Harga
  • Harga macam mana. Mahal ke murah. Kalau 1 family berapa harga.

  • Masa
  • Hari dan jam berapa buka. Senang nak bajet masa sampai dan masa pulang.

  • Ciri Keselamatan
  • Yang paling penting ciri-ciri keselamtan yang ada di waterpark tersebut. Yang penting selamat untuk anak-anak.

    10 Taman Tema Air & Theme Park Terbaik di Malaysia

    Bukit Merah Waterpark

      Waterpark di Perak

    cara guna russel taylor
    Beli Tiket Bukit Merah Waterpark Secara Online dibawah:

    Semak Harga di Shopee Malaysia Semak Harga di Lazada Malaysia

    Info Bukit Merah Waterpark

  • Harga Tiket: RM18.40-RM26.00
  • Waktu Operasi: Selasa Cuti, hari lain buka jam 11am – 6 pm
  • Alamat: Jalan Bukit Merah, 34400 Semanggol, Perak
  • Terdapat 14 aktiviti yang ada di Bukit Merah Laketwon Waterpark ini. Antara tarikan utama di taman tema air bukit merah ini ialah Crazee Cone, Boomerang, Water Bubble Slide dan macam-macam lagi.

    Kalau nak mencari hotel dekat Bukit Merah Waterpark boleh cari di https://trip.com

    Bangi Wonderland

      Waterpark di Selangor

    cara guna russel taylor
    Beli Tiket Bangi Wonderland Secara Online dibawah:

    Semak Harga di Shopee Malaysia Semak Harga di Lazada Malaysia

    Info Bangi Wonderland

  • Harga Tiket: RM13.90-RM43.90
  • Waktu Operasi: Selasa Cuti, hari lain buka jam 11am – 6pm
  • Alamat: 2, Persiaran Bangi Avenue, Bangi Avenue, 43000 Kajang, Selangor
  • Luangkan hari yang menyeronokkan dengan bersantai, berenang dan bermain di Bangi Wonderland. Terdapat 14 aktiviti boleh dijalankan di Bangi Wonderland ini. Cubalah Magic Funnel atau Insane Racer. Kompem adrenalin anda turun naik.

    Kalau nak mencari hotel dekat Bangi Wonderland boleh cari di https://trip.com

    Bayou Lagoon Waterpark

      Waterpark di Melaka

    cara guna russel taylor
    Beli Tiket Bayou Lagoon Waterpark Secara Online dibawah:

    Semak Harga di Shopee Malaysia Semak Harga di Lazada Malaysia

    Info Bayou Lagoon Waterpark

  • Harga Tiket: RM10.40-RM15.40
  • Waktu Operasi: Selasa Cuti, hari lain buka jam 9am – 7pm
  • Alamat: Bayou Lagoon Park Resort, Jalan Wakaf Utama, Bukit Katil, 75450 Melaka
  • Terdapat 2 gelongsor air yang menarik di Bayou Lagoon yang sesuai untuk seisi keluarga. Bayou Lagoon Park Resort juga menyediakan acara dan aktiviti kering dan basah di sekitar resort yang terdiri daripada taman air dan padang sukaneka.

    Kalau nak mencari hotel dekat Bayou Lagoon Waterpark boleh cari di https://trip.com

    Wet World Shah Alam Water Park

      Waterpark di Selangor

    cara guna russel taylor
    Beli Tiket Wet World Shah Alam Water Park Secara Online dibawah:

    Semak Harga di Shopee Malaysia Semak Harga di Lazada Malaysia

    Info Wet World Shah Alam Water Park

  • Harga Tiket: RM18.70-RM26.70
  • Waktu Operasi: Rabu Cuti, hari lain buka jam 10am – 6pm
  • Alamat: Wet World Shah Alam, No. 3A, Persiaran Dato ‘Menteri Sek 14, 40000 Shah Alam, Selangor
  • Waktu cuaca panas, memang ramai akan cari tempat mandi manda. Kalau yang duduk dekat pantai atau sungai bolehla basahkan badan. Tapi dekat Shah Alam ni pantai pun tiada. Jadi Wet World Water Park Shah Alam menjadi pilihan. Tempat ini sangat sesuai untuk seisi keluarga mandi manda sambil merehatkan minda.

    Kalau nak mencari hotel dekat Wet World Shah Alam Water Park boleh cari di https://trip.com

    Sunway Lagoon

      Waterpark di Selangor

    cara guna russel taylor
    Beli Tiket Sunway Lagoon Secara Online dibawah:

    Semak Harga di Shopee Malaysia Semak Harga di Lazada Malaysia

    Info Sunway Lagoon

  • Harga Tiket: RM55.00-RM140.00
  • Waktu Operasi: Selasa Cuti, hari lain buka jam 10am – 6pm
  • Alamat: Wet World Shah Alam, No. 3A, Persiaran Dato ‘Menteri Sek 14, 40000 Shah Alam, Selangor
  • Terdapat lebih 90 tarikan di Sunway Lagoon ini yang mesti anda cuba. Antaranya termasuklah taman tema air, adventure park, wildlife park, scream park dan juga extreme park. Sunway Lagoon sangat sesuai untuk semua peringkat umur tak kira kanak-kanak mahupun dewasa.

    Kalau nak mencari hotel dekat Taman Tema Air Sunway Lagoon boleh cari di https://trip.com

    Lost World of Tambun

      Waterpark di Perak

    cara guna russel taylor
    Beli Tiket Lost World of Tambun Secara Online dibawah:

    Semak Harga di Shopee Malaysia Semak Harga di Lazada Malaysia

    Info Lost World of Tambun

  • Harga Tiket: RM39.00-RM82.00
  • Waktu Operasi: Selasa Cuti, hari lain buka jam 10am – 11pm
  • Alamat: No.1, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh, 31150 Ipoh, Perak
  • Lost World of Tambun dikelilingi oleh hutan tropika yang menghijau, serta mata air panas yang semula jadi, bukit batu kapur berusia 400 juta tahun dan terdapat 88 tarikan dari 10 taman yang menakjubkan.

    Kalau nak mencari hotel dekat Lost World of Tambun boleh cari di https://trip.com

    Legoland Malaysia

      Waterpark di Johor

    cara guna russel taylor
    Beli Tiket Legoland Malaysia Secara Online dibawah:

    Semak Harga di Shopee Malaysia Semak Harga di Lazada Malaysia

    Info Legoland Malaysia

  • Harga Tiket: RM46.00-RM179.00
  • Waktu Operasi: Rabu Cuti, hari lain buka jam 10am – 6pm
  • Alamat: 7 Jalan LEGOLAND, Bandar Medini Iskandar Malaysia, 79250 Iskandar Puteri (Nusajaya), Johor
  • Taman tema yang sungguh unik bertemakan Lego. Ada lebih kurang 80 permainan untuk dicuba di Legoland ini. Anak-anak mesti suka kalau bawa ke sini maklumlah penuh dengan binaan lego.

    Kalau nak mencari hotel dekat Legoland Malaysia boleh cari di https://trip.com

    Waterpark Desaru

      Water Park di Johor

    cara guna russel taylor
    Beli Tiket Waterpark Desaru Secara Online dibawah:

    Semak Harga di Shopee Malaysia Semak Harga di Lazada Malaysia

    Info Waterpark Desaru

  • Harga Tiket: RM59.90-RM69.90
  • Waktu Operasi: Selasa Cuti, hari lain buka jam 10am – 6pm
  • Alamat: Desaru Coast, 81930 Bandar Penawar, Johor
  • Cuti sekolah nanti bolehlah bawak family atau kawan-kawan bersantai di sini. Antara taman tema air terbesar di Malaysia tau

    Kalau nak mencari hotel dekat Taman Tema Air Desaru boleh cari di https://trip.com

    Splash Out Langkawi

      Taman Tema Air di Kedah

    cara guna russel taylor
    Beli Tiket Splash Out Langkawi Secara Online dibawah:

    Semak Harga di Shopee Malaysia Semak Harga di Lazada Malaysia

    Info Splash Out Langkawi

  • Harga Tiket: RM27.90-RM33.90
  • Waktu Operasi: Isnin, Selasa Cuti, hari lain buka jam 11am – 7pm
  • Alamat: Desaru Coast, 81930 Bandar Penawar, Johor
  • Bagi yamg tidak tahu, Pulau Langkawi juga ada Taman Tema Air. Apa yang menariknya di sini terdapat beberapa seksyen permainan sesuai untuk kanak-kanak dan juga dewasa.

    Kalau anda kata di luar pun ada banyak taman tema, tapi Splash Out ni ada kelainannya. Permainan extreme nya memang menguji keberanian anda. Tapi jangan risau, life guard di tempatkan di setiap sudut jadi memang rasa selamat.

    Kalau nak mencari hotel dekat Splash Out Langkawi boleh cari di https://trip.com

    Escape Theme Park Penang

      Waterpark di Penang

    cara guna russel taylor
    Beli Tiket Escape Theme Park Penang Secara Online dibawah:

    Semak Harga di Shopee Malaysia Semak Harga di Lazada Malaysia

    Info Escape Theme Park Penang

  • Harga Tiket: RM79.00-RM229.00
  • Waktu Operasi: Isnin Cuti, hari lain buka jam 10am – 6pm
  • Alamat: 828, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang
  • Bagi korang yang nak mencuba slide terpanjang kat Malaysia ni, boleh lah datang sini. Ada dua zon tau dekat sini. Ada waterpark dan adventure, boleh main semua yang ada. Kalau ke Penang bolehlah masukkan tempat ni dalam list itinerary. Memang gempak habis lah slide dia.

    Kalau nak mencari hotel dekat Escape Theme Park Penang boleh cari di https://trip.com

    Kesimpulan

    Walaupun pergi bercuti kemana sahaja, keselamatan diri dan keluarga haruslah dijaga kerana malang tak berbau. Sentiasa perhatikan keluarga dan persekitaran.

    Leave a Comment