/“Ubat Bayar RM1 Jer, Kalau Makan Ubat Bukan Boleh Baik Pun,” Kisah Manusia Tak Tahu Bersyukur Buang Ubat Dalam Tong Sampah

“Ubat Bayar RM1 Jer, Kalau Makan Ubat Bukan Boleh Baik Pun,” Kisah Manusia Tak Tahu Bersyukur Buang Ubat Dalam Tong Sampah

Mendapatkan rawatan di hospital kerajaan di Malaysia memang mudah dan bayaran yang dikenakan bagi rawatan biasa cuma RM1 sahaj untuk warganegara Malaysia.

Jika nak dibandingkan dengan negara-negara asia tenggara yang lain, mungkin Malaysia diletakkan sebagai negara yang paling murah dan mudah untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan.

Sudah menjadi kebiasaan, selesai sahaja pemeriksaan bersama pegawai perubatan yang bertugas pesakit akan menunggu untuk dipanggil pihak farmasi untuk mengambil ubat. Ubat yang kerap dibekalkan oleh hospital kerajaan adalah paracetamol dan beberapa jenis ubat mengikut keperluan pesakit.

Namun, pembaziran terhadap ubat-ubatan masih lagi berlaku di negara ini. Sesetengah pesakit menganggap ubat yang diberikan oleh pihak hospital boleh dibeli di kedai tanpa perlu menunggu untuk pemeriksaan doktor.

Sedarkah kita di negara-negara yang bergolak, mereka memerlukan bekalan ubat-ubatan yang tidak mencukupi untuk merawat peasakit-pesakit disana. Sedangkan di Malaysia ubat-ubatan boleh ditemui di bakul sampah sahaja.

Seperti yang dibangkitkan di Facebook Roshaila Bakar, dia menceritakan pengalaman beliau semasa menghantar anaknya mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.

Beliau mendedahkan satu realiti yang berlaku di negara kita apabila dia menjumpai beberapa jenis ubat yang dibuang di dalam tong sampah.

Dia menyatakan rasa kepiluan hatinya apabila ada juga pihak yang sanggup membuang ubat-ubatan itu betul-betul di kawasan kaunter farmasi tersebut.

Adakah perkara sebegini kerap kali berlaku? Menurut Roshaila, dia telah memaklumkan perkara itu kepada kakitangan yang bertugas di bahagian farmasi dan mereka juga nampak seakan terkilan dengan perbuatan itu.

Tulis roshaila lagi, adakah ubat itu dibuang kerana pesakit menganggap dengan harga semurah itu mereka boleh datang berulang kali untuk mendapatkan rawatan?

Kita seharusnya merasa bersyukur kerana di Malaysia masih lagi mudah untuk mendapatkan rawatan dan ubat-ubatan. Pembaziran sebegini tidak seharusnya terjadi di Malaysia.

Berikut adalah perkongsian yang dikemaskini di Facebook Roshaila yang boleh dijadikan iktibar untuk kita semua. Smoga selepas ini, tiada lagi pembaziran terhadap ubat-ubatan ini berlaku.

Assalamualaikum. Saya berfikir panjang sebelum saya post perkara ni di fb. Entah kenapa, hati saya sangat pilu bila perkara ini berlaku di depan mata saya.

Minggu lepas,saya pergi ke Jabatan Kecemasan Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk dapatkan rawatan utk Muaz. Muaz akhirnya admit dan sekarang dah boleh kesekolah seperti biasa.

Bukan itu yg saya nak cerita. tapi kisah ini.

Sewaktu saya sedang menanti PPK mghantar muaz ke wad. Saya duduk di kerusi menunggu di hadapan farmasi. Kemudian, saya ke tong smpah untuk mmbuang tisu. Apa yg saya nmpk di dlm tong sampah amat2 menyedihkan.

Saya lihat ada 3 sampul ubat, 1 paracetamol yg blum dibuka, 1 tramadol yg dah guna dan 1 lagi saya tak pasti sebab tertutup dengan sampah. Gayanya ubat-ubat itu baru je dibuang.

Saya dah maklumkan pada pegawai farmasi yg bertugas dan nampak sangat mereka terkilan.
Nama ada pada sampul, boleh je kalau nak trace.
Apa yg saya kesal, kenapa buang ubat tu? Kenapa sanggup tunggu berjam-jam untuk jumpa doktor? Kenapa buang betul-betul di depan farmasi

Sebab, Ala, seringgit je kena bayar, makan ubat bukan boleh baik pun, esok datang lagi.

Anda bising kalau kami staff ni lambat, anda komplain doktor misi tak tau buat kerja, anda marah kalau kami tinggikan suara.

Dah, kalau mcm ni apa, apakah jenis manusia macam ni?