Home Dunia Tasik Yang Mengorbankan Ribuan Penduduk Kampung Hanya Dalam Satu Malam.

Tasik Yang Mengorbankan Ribuan Penduduk Kampung Hanya Dalam Satu Malam.

0

Tasik Nyos adalah sebuah tasik yang terletak di sekitar 315 Km sebelah barat laut Yaounde, ibu kota Cameron. Kedalaman tasik ini mencapai 157 meter dengan bahagian paling dasarnya mencapai 208 meter.

Terdapat banyak penduduk yang tinggal dilembah di sekeliling tasik Nyos. Tahukah anda bahawa tasik Nyos atau digelar “The Bad Lake” menyimpan sebuah kisah misteri pada tahun 1986 apabila ribuan penduduknya mati hanya dalam satu malam.

Lebih anehnya, semua penduduk yang mati itu dalam keadaan sedang melakukan rutin harian. Ada yang mati semasa mengepam air, ada yang mati semasa sedang memasak dan ada juga yang mati ketika sedang meminum segelas air.


Beberapa orang yang terselamat dari peristiwa itu menceritakan apa yang terjadi pada hari orang-orang tersebut menemui ajal. Menurut penduduk yang terselamat, pada malam sebelum kejadian itu, terdapat bunyi ledakan yang kuat dan tasik Nyos tiba-tiba menyemburkan asap setinggi 100 meter.

Udara kemudian terasa hangat dan keluar bau-bauan yang aneh. Ada penduduk yang pergi untuk memeriksa ledakan itu akhirnya pengsan dan mati. Keesokan paginya, banyak mayat yang bergelimpangan ketika penduduk mulai sebuk dengan aktiviti harian mereka.

Sementara itu di sebuah perkampungan terdekat, semua penduduknya ditemukan meninggal dunia kecuali 4 orang saja. Asap dari ledakan misteri ini telah meragut nyawa 1,764 orang dan lebih dari 3,500 haiwan ternakan turut mati.

Tiada siapa yang tahu apa yang menjadi penyebab kematian aneh tersebut. Namun, para saintis menemukan warna air tasik Nyos telah berubah dari kebiruan menjadi warna oren terang. Setelah melakukan penelitian yang ilmiah, sebenarnya, tasik Nyos terbentuk di sebuah kawah gunung berapi yang wujud sejak 400 tahun yang lalu.

Tasik tersebut memiliki kadar karbondioksida yang tinggi kerana terbentuk oleh aktiviti gunung berapi yang berlaku di dasarnya. Bencana yang terjadi pada 21 ogos 1986 itu diakibatkan oleh semburan gas CO2 yang terjadi secara tiba-tiba dan dalam jumlah yang melimpah-ruah.

CO2 ini telah merebak dari celah-celah kerak bumi dan menuju ke kawah yang kini telah menjadi tasik. Jelaslah gas CO2 yang sudah banyak terkumpul di tasik ini akhirnya meluap dan menyebabkan tasik ini menjadi sangat berbahaya.

CO2 ini kemudian memasuki wilayah penduduk. Tanpa mereka sedari, mereka telah menghirup CO2 yang berasal dari lapisan paling dalam tasik Nyos yang telah terkumpul sejak puluhan tahun lamanya.

Setelah peristiwa mengerikan itu, para saintis telah menemukan cara agar insiden yang sama tidak berulang. Bagaikan air pancut, mereka telah memasang paip gas di bawah untuk melepaskan gas secara perlahan-lahan yang terperangkap di dalam tasik.

Pada hari ini, tasik Nyos sering dikunjungi oleh pelancong juga para saintis yang terus memantau keadaan tasik agar tragedi yang sama tidak berulang lagi di masa depan.


Kisah Tasik Nyos telah difilemkan berjudul Lake Nyos pada tahun 2015

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here