Tak Perlu Cium Beg, Lihat Saja Cara Orang Jepun Ni…

SEBELUM ini, kecoh sebentar ruangan siber di Malaysia apabila seorang penumpang pesawat sebuah syarikat penerbangan kos rendah memuat naik insiden basikalnya rosak teruk.

Ia akibat bagasinya tidak dikendalikan dengan cermat oleh staf syarikat berkenaan ketika dipunggah keluar dari kapal terbang di KLIA2, Sepang, Selangor selepas tiba dari Taiwan.

Susulan kontroversi itu, ketua pegawai operasinya telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada penumpang tersebut dan berjanji untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada penggunanya.

Malah, tular pula gambar-gambar pekerja pengendali bagasi syarikat itu memohon maaf sambil mencium beg-beg milik penumpang sebagai ‘tanda’ kasih sayang dan pengendalian yang agak teliti.

Namun, bukan semua yang menganggap permohonan maaf itu sesuatu yang ikhlas dan datang daripada kebaikan hati kakitangan syarikat tersebut.

Segelintir netizen berpendapat mereka tidak perlu mencium beg penumpang semata-mata untuk membuktikan sesuatu, tetapi sekadar menjaga dengan cermat bagasi penumpang sudah cukup memadai.

Mungkin syarikat itu perlu mencontohi cara orang Jepun dalam urusan pengendalian jutaan bagasi penumpang penerbangan mereka.

Di Jepun, bukan sahaja bagasi anda disambut dengan penuh cermat, malah ia dilap dan dibersihkan dahulu sebelum ‘dihantar pulang’ kepada tuannya!

Video memaparkan pekerja lapangan terbang itu mengelap bagasi yang baru tiba di tali sawat penyampai dengan berhati-hati dan kelihatan amat ‘ikhlas’ sekali melakukan tugasnya itu kini tular di seluruh dunia.

Tidak dapat dipastikan di lapangan terbang manakah insiden ini berlaku, namun mungkin syarikat penerbangan dan pekerja lapangan terbang di Malaysia boleh belajar satu atau dua perkara berharga daripada video ini!

P/S : Bagi sesiapa yang mencari pelan internet untuk rumah atau opis dan juga plan celcom postpaid siap PERCUMA SMARTPHONE boleh baca iklan di bawah.

1. IKLAN POSTPAID CELCOM

tag

Wahhhh. Percuma IPHONE 6 32GB atau Huawei Nova 2i jika daftar PLAN POSTPAID CELCOM 148/188 sebulan .
Testimoni KLIK SINI

2. IKLAN PENDAFTARAN INTERNET Untuk RUMAH ATAU OFFICE

tag

Jom daftar INTERNET MAXIS FIBRE untuk rumah atau opis. UNIFI atau TIME FIBRE pun ada.
Daftar PERCUMA SAHAJA. KLIK SINI untuk WHATSAPP

Reply