Home Uncategorized Syarat Nak Pasang Atau Daftar Unifi

Syarat Nak Pasang Atau Daftar Unifi

Pasang Unifi ni PERCUMA aje. Tak kena bayar 1 sen pun untuk mendaftar dan pemasangan pula percuma.

Antara Syarat Pasang Unifi
Pertama kawasan anda kenalah ada Coverage Unifi. Tidak semua tempat ada coverage. Biasa ramai yang salah. Ingat jiran dia ada unifi dia pun akan ada. Bukan begitu ye.

Kontrak Unifi

Kontrak pakej unifi adalah selama 2 tahun atau 24 bulan. Jika melanggar kontrak, pelanggan perlu bayar baki kontrak x bayaran bulanan. Jika anda upgrade atau downgrade semasa kontrak, maka kontrak anda akan diperbaharui menjadi 2 tahun balik.

Pemasangan Unifi
Pemasangan standard adalah percuma. Pemasangan non-standard, bil akan dicharge oleh kontraktor kepada pelanggan. Boleh refer dengan kontraktor berkenaan cas yang dikenakan.

Bil Unifi

Bil unifi yang pertama mengandungi caj langganan untuk 2 bulan (bulan pakai dan bulan seterusnya). Jika tak jelas mengenai bil yang anda dapati, boleh tanya pihak unifi. Diorang akan terangkan

SYARAT KHUSUS
Pemohon mestilah terdiri dari Warganegara atau bukan warganegara. Bukan warganegara ini ada syarat-syarat dia. Pendaftaran unifi adalah percuma. Tiada cas dikenakan. Sila berhati-hati jika ada yang suruh anda membayar terlebih dahulu.

Bagi Pemohonan Bukan Warganegara, pendaftaran unifi adalah percuma. Manakala deposit RM500 akan dikenakan. Bayaran ini akan dikreditkan semula ke dalam bil pertama anda. Validity passport mempunyai tempoh tinggal di malaysia minimum 2 tahun

Advance payment
Pelanggan perlu membuat pembayaran sebanyak RM100 ke akaun unifi sendiri dalam tempoh 48 jam selepas selesai pemasangan. Deposit ini akan dipulangkan semula ke dalam ke akaun pelanggan pada bil bulan seterusnya. Kalau untuk perniagaan atau shop lot, advance payment RM200

So kalau anda ok dengan terma dan syarat yang diberikan, maka apa lagi yang ditunggu. Contact saya segera. Saya bantu check coverage. Kalau ada coverage kita terus proceed register. Jangan lambat sebab port yang ada adalah limited.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here