/Kisah Anak Amyra Rosli Dan Amar Baharin Dalam The Adventure of Aqeef Amyramar di Astro Ria

Kisah Anak Amyra Rosli Dan Amar Baharin Dalam The Adventure of Aqeef Amyramar di Astro Ria

Pasangan pelakon Amar Baharin dan Amyra Rosli menunaikan janji berkongsi nama anak mereka, Aqeef Anaqi, di laman sosial, malam tadi.
Ia dilakukan serentak dengan tayangan program realiti The Adventure of Aqeef Amyramar di Astro Ria.

Amyra terlebih dahulu memohon maaf kepada semua peminat kerana dia dan suami bukan sengaja tidak mahu mendedahkan kepada umum namun terikat dengan kontrak.

“Saya dan suami berbesar hati mahu berkongsi wajah dan nama anak, tetapi kami mendapat hak eksklusif penyiaran. Kami tak mahu melanggar kontrak.
“Tidak dinafikan hampir setiap hari peminat bertanya nama dan teringin melihat wajah anak.


“Bagaimanapun, saya dan suami mengambil keputusan memuat naik gambar anak tetapi tidak secara penuh. Sekurang-kurangnya dapat memenuhi permintaan peminat,”
katanya.

 

 

Kata Amyra, wajah anak mereka bakal dikongsi kepada umum selepas episod ketiga program itu.

“Program ini memaparkan episod ketika saya mengandung, ‘baby shower’, bersalin, proses anak membesar, majlis cukur jambul dan banyak lagi,” katanya.

Amyra yang melahirkan Aqeef Anaki pada 15 Oktober lalu, merancang untuk kembali aktif berlakon awal tahun depan.
Katanya, buat masa sekarang biarlah dia memberi fokus kepada anak.

“Amar juga juga melakukan perkara sama dengan tidak mengambil tawaran sepanjang dua bulan ini.
“Sebagai ibu baru, masih banyak perkara perlu dipelajari. Kami juga tidak menggunakan khidmat pembantu, segalanya kami buat sendiri,”
katanya.