Intip Telefon Suami Boleh Kena Denda Setengah Juta!

MUNGKIN jadi lumrah apabila mempunyai pasangan, kita pasti akan ‘mengintip’ telefon bimbit mereka.

Bukannya apa, mana tahu dia ada simpan kekasih gelap dalam diam ke?

Oleh itu, aktiviti mengintip ini akan dilakukan setiap kali pasangan tidur atau pun semasa dia sedang keluar tanpa membawa telefon bimbitnya bersama.

Kalau tak jumpa apa-apa yang mencurigakan, satu kelegaan akan terbit dalam diri dan kita boleh lupakan sebentar ‘kekasih halimunan’ pasangan kita itu.

Tetapi bagaimana pula jika senario menjadi yang sebaliknya? Sudah tentu Perang Dunia Ketiga akan tercetus sekelip mata, kan!

Namun, tahukan anda bahawa pasangan berkahwin di Arab Saudi mungkin berfikir dua kali untuk mengintip telefon bimbit pasangan masing-masing kerana ia kini dianggap sebagai perbuatan jenayah.

Menerusi sebuah kenyataan, Kementerian Penerangan Arab Saudi mengesahkan bahawa undang-undang ini ternyata wujud dan dikuatkuasakan.

Menurutnya, jika sabit kesalahan individu terbabit boleh didenda sehingga 500,000 riyal (RM516,000) dan penjara setahun.

Peraturan itu sebahagian daripada undang-undang anti-siber baharu yang berkuat kuasa, minggu lalu.

Kata kemeterian itu lagi, undang-undang itu diperkenalkan untuk melindungi moral individu dan masyarakat serta maklumat peribadi mereka.

Langkah dibuat ketika berlakunya peningkatan jenayah siber seperti memeras ugut, penyelewengan dan fitnah.

P/S : Bagi sesiapa yang mencari pelan internet untuk rumah atau opis dan juga plan celcom postpaid siap PERCUMA SMARTPHONE boleh baca iklan di bawah.

1. IKLAN POSTPAID CELCOM

tag

Wahhhh. Percuma IPHONE 6 32GB atau Huawei Nova 2i jika daftar PLAN POSTPAID CELCOM 148/188 sebulan .
Testimoni KLIK SINI

2. IKLAN PENDAFTARAN INTERNET Untuk RUMAH ATAU OFFICE

tag

Jom daftar INTERNET MAXIS FIBRE untuk rumah atau opis. UNIFI atau TIME FIBRE pun ada.
Daftar PERCUMA SAHAJA. KLIK SINI untuk WHATSAPP

Reply