/Diva AA Dendam ‘Hilang Job’, Sanggup Jadi Barua UMNO Jatuhkan Azmin Ali

Diva AA Dendam ‘Hilang Job’, Sanggup Jadi Barua UMNO Jatuhkan Azmin Ali

SEMALAM muncul video pelakon dan pengacara Azwan Ali mengaku sanggup jadi “barua Umno” tanpa bayaran demi untuk jahanamkan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali.

Muncul pula gambar artis bermulut laser itu bersama Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Yunos (Jamal Jamban) di Perhimpunan Agung Umno 2017.

Azwan memberitahu wartawan dalam keadaan menangis sebak bahawa dia kehilangan banyak “job” dan turut diharamkan oleh RTM selepas gambarnya berdiri di belakang Azmin Ali dan bersama bendera-bendera pembangkang tersebar 5 tahun lalu.

“Ramai orang kutuk saya, mengapa saya bodoh pergi ambil gambar macam tu awak tu artis, berdiri belakang bendera-bendera pembangkang, masa itu disokong oleh PAS,”

“Saya ingat lagi berjuta penyokong PAS di belakang saya, you imagine (bayangkan) lah saya dah rugi banyak, bertahun saya tak ada job kerana dia,” kata Azwan.

Katanya lagi itulah detik yang telah menimbulkan perasaan dendamnya terhadap Azmin Ali.

 

“Itu sahaja saya nak cakap antara detik yang benar-benar menyinggung dan saya berdendam dengan seorang yang bernama Azmin Ali, kau tunggu, it happen now!” Katanya.

Azwan Ali berkata beliau sanggup jadi barua Umno, walaupun tidak diberikan bayaran demi untuk menjahanamkan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali.

Dalam satu rakaman video yang tersebar, Azwan berkata dia telah berdoa siang dan malam, untuk mengusulkan program, jika tak dapat jumpa Dato’ Seri Najib dapat jumpa Datuk Razali pun tak mengapa katanya.

“Election is so soon, jadi saya berdoa siang malam untuk sit down dengan Datuk Razali pun jadilah, kalau pun tak dapat dengan PM. Kalau dapat dengan PM, macam bulan jatuh ke riba,”

“Bukan nak habuan dia bukan nak bodek dia, tapi janji saya, saya ada sejuta idea tajuk dia jahanamkan azmin, seluruh Selangor, bukan hanya di Bukit Antarabangsa, bukan hanya di Gombak, saya sanggup turun padang jual ikan, jual apa semua,”

 

“Saya ada banyak program yang saya dah terfikir, yang Khairy pun akan tersenyum, di mana kita jahanamkan Azmin Ali seluruh Selangor, silap-silap seluruh negara hancur,” katanya dengan penuh bersemangat.

“Dan kalau nak bawa saya pergi Sabah, Sarawak, whatever tempat-tempat yang chances BN, agak slim, soal bayaran soal apa itu saya tak minta, kalau tak bayar pun kalau saya kata saya sanggup, saya sanggup,” katanya lagi memberi jaminan.

Malah Azwan juga sanggup dipanggil sebagai “barua Umno”.

“Biar orang kata saya jadi barua Umno so? Alang-alang, hidup Datuk Seri Najib, Hidup PM! Jahanamkan Azmin that is my words,” tambahnya lagi dengan bersemangat sambil mengacu penumbuk ke langit.