/Dira Selar Fathia Jangan Perlu Campur Urusan Kerajaan, Fathia Jawab Dia Ada Hak Bersuara

Dira Selar Fathia Jangan Perlu Campur Urusan Kerajaan, Fathia Jawab Dia Ada Hak Bersuara

Exco Puteri Umno, Khaidhirah Abu Zahar dari Tangga Batu, Melaka menyelar pelakon, Fathia Latiff semasa Perhimpunan Agung Umno pada Rabu.

“Jika dia benar-benar mahu bercakap tentang perjuangan rakyat, turun padanglah seperti Puteri Umno. Tak perlu kalau dia hanya mahu menaip perkataan menggunakan telefon pintarnya,” kata Khaidhirah atau lebih dikenali sebagai Dira yang juga seorang selebriti.

 

 

Beliau menasihatkan Fathia supaya ‘duduk diam’ dan menumpukan pada kerjaya lakonannya.

“Tidak perlu mencampuri urusan kerajaan,” kata Dira dalam ucapannya.

 

 

Dalam satu ‘posting’ sebagai penghormatan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, di Instagramnya baru-baru ini, Fathia berkata, sumbangan bekas perdana menteri itu kepada negara seolah semakin dilupakan.
Dr Mahathir kemudiannya membalas dengan berterima kasih dan memuji Fathia kerana menyuarakan pandangannya.

“Saya kagum dengan keberanian @fatiyalatiff,” kata Dr Mahathir itu di Twitter, yang merujuk kepada pelakon berkenaan.
Fathia pernah menemuramah Dr Mahathir menerusi program yang disiarkan secara penstriman langsung, Apa Kata Tokoh pada 16 Jun lalu.

Pelakon Fathia Latiff mempertahankan setiap apa yang disuarakannya tanpa rasa takut atau meminta pertolongan daripada sesiapa sekali pun.

Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff, 30, berkata, dia mempunyai hak untuk bersuara dan begitu juga dengan rakan selebriti, Dira Abu Zahar.

“Dira ada hak untuk berkata apa yang dia mahukan dan begitu juga saya.
“Yang pasti, saya berdiri teguh dengan setiap apa yang saya katakan tanpa berasa takut atau meminta pertolongan daripada orang lain,”
kata Fathia.

 

 

Menerusi Twitternya, Fathia membalas kenyataan Dira yang juga Exco Puteri Umno Bahagian Tangga Batu, Melaka kerana menyelarnya ketika berucap bagi menyokong ucapan dasar ketua puteri Umno pada perhimpunan sayap berkenaan pada Rabu.

Terdahulu, Fathia memuat naik foto bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di Instagramnya dengan kapsyen mengatakan sumbangan bekas perdana menteri itu kepada negara seolah semakin dilupakan.

Malah, posting tersebut mendapat perhatian Dr Mahathir yang kemudiannya membalas dengan berterima kasih dan memuji Fathia kerana menyuarakan pandangannya.