Home Uncategorized Channel Yang Ada Dalam Unifi TV

Channel Yang Ada Dalam Unifi TV

Unifi TV (dahulu dikenali sebagai HyppTV) merupakan perkhidmatan IPTV terulung di Malaysia yang dimiliki oleh Telekom Malaysia (TM). Ia mula-mula diperkenalkan sebagai pelengkap untuk pelanggan perumahan unifi. Mulai 2013, unifi TV turut dinikmati oleh pelanggan perniagaan unifi dan pelanggan Broadband.

Produk Media Box yang baharu, yang digelar unifi Plus Box telah dilancarkan pada 15 Januari 2020. Ini merupakan penaik-tarafan daripada Media Box sebelumnya, yang mana kini ia menggunakan perisian terbina Android TV versi 9.0, menyokong siaran gambar 4K UHD, selain ciri-ciri baharu dan menarik demi pengalaman tontonan yang lebih mengujakan untuk pelanggan unifi.

Kenapa Unifi TV Box ini patut menjadi pilihan anda jika anda melanggan Unifi.

Kalau anda nak tahu, unifi Plus Box ini sudah pun dilengkapi dengan unifi TV, BBC Player, YuppTB, Dimsum, Viu, YouTube dan banyak lagi. Bagaimanapun, Netflix adalah tidak termasuk. Unifi TV ini boleh dilanggan dengan 4 jenis yang berbeza. Antaranya ialah

1. Ultimate PACK

Antara channel yang terdapat dalam ULTIMATE PACK ialah FOX movies, LIVE sports, Korean, kids, local dramas, international TV shows dan banyak lagi. Dengan hanya RM60 sebulan anda dapat menikmati semua rancangan ini.

2. Aneka Plus Pack

Nikmati pelbagai program tempatan eksklusif, Korea dan banyak lagi dengan Pek Aneka Plus baru, yang kini dilengkapi dengan sukan LIVE, channel anak-anak, channel gaya hidup dan saluran TV antarabangsa. Dengan hanya RM30 sebulan anda dapat menikmati semua rancangan ini.

3. Ruby Plus Pack

Bagi peminat kungfu dan peminat hiburan dari ASIA, Ruby Plus Pack merupakan pilihan yang terbaik untuk anda. Antara hiburan yang ada dalam channel ini ialah dari Hong Kong, Korea, Taiwan dan China. Dengan hanya RM30 sebulan anda dapat menikmati semua rancangan ini.

4. Varnam Plus Pack

Anda minat cerita hindi atau Tamil? Mungkin channel ini yang anda cari. Jom dapatkan channel Varnam Plus Pack ini dengan hanya RM30 sebulan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here