Cara Bayar Bil Unifi Melalui SMS Yang Dihantar Oleh Unifi

Setiap bulan anda akan menerima SMS dari no 62100 yang mengingatkan anda supaya membayar bil kan. Tahukah anda bahawa sekarang anda tidak perlu lagi login untuk membayar bil Unifi. Kalini admin akan kongsikan cara membayar melalui sms yang di hantar.

Step 1
Buka apps SMS di telefon anda. Cari SMS yang mengingatkan anda untuk membayar bil Unifi tiap-tiap bulan. Tarikh mungkin berbeza kerana mengikut cycle bil anda. Contoh SMS tersebut seperti dalam gambar di bawah.

Bayar Bil Unifi Melalui SMS

Klik link dari sms oleh Unifi tersebut.

Step 2
Anda akan di bawa ke website unifi.com.my di browser telefon anda. Jumlah yang kena bayar akan ditunjukkan dan anda juga boleh melihat detail bil unifi anda jika anda mahu. Untuk terus ke pembayaran, isikan email atau biarkan kosong dan tekan PAY NOW.

Bayar Bil Unifi Melalui SMS

Step 3
Anda akan di bawa ke mukasurat pembayaran. Jika anda tidak memasukkan email, akan keluar pop up yang menyatakan anda tidak akan dapat resit jika tidak mengisi email. jadi, pilihan di tangan anda. Kemudian anda boleh pilih samada nak bbayar melalui Credit Card atau Online Banking. Untuk ini admin akan pilih Online Banking.

Bayar Bil Unifi Melalui SMS

Step 4
Klik FPX tersebut dan tekan Proceed anda akan di bawa ke muka seterusnya

Bayar Bil Unifi Melalui SMS

Step 5
Di sini anda akan dapat melihat jumlah kena bayar dan pemilihan bank untuk membuat pembayaran.

Bayar Bil Unifi Melalui SMS

Step 6
Pilih bank pilihan anda untuk membuat pembayaran. Anda akan di bawa ke browser bank dan isi detail banking anda. Siapppp

Bayar Bil Unifi Melalui SMS

So, itu sahajalah dapat admin kongsikan mengenai cara bayar bil Unifi melalui SMS.

Jangan lupa baca juga Cara Bayar Bil Unifi Guna JomPay Melalui Maybank2u

Leave a Comment