3 SEBAB KENAPA DIET EPAL HIJAU BOLEH KURUSKAN BADAN SEHINGGA 12KG

Pernah dengar tentang diet epal hijau? Jika anda yang sangat concern tentang berat badan, mesti sentiasa ambil tahu tentang rutin-rutin diet yang dipercayai menurunkan berat badan.

Tidak seperti epal merah, buah import yang satu ini lebih rendah kalori dan tinggi kandungan serat. Secawan epal hijau hanya mengandungi 63 kalori berbanding pisang yang mempunyai 134 kalori.

Perlu diingatkan, prinsip menurunkan berat badan yang efektif adalah anda membakar kalori lebih banyak daripada jumlah kalori yang anda makan sehari-hari.

Jadi, kenapa epal hijau lebih bagus untuk proses penurunan berat badan?

1. Makanan tinggi serat
Sebiji epal hijau mengandungi anggaran serat sebanyak 3 gram. Serat membantu penyerapan dan penghadaman tubuh badan manusia. Selain mampu memberi rasa kenyang yang panjang, serat membantu membersihkan sistem badan dan meningkatkan metabolisme. Selain daripada itu, epal hijau mengandungi kalium yang membantu membuang air berlebihan dalam badan kerana ia mempunyai kesan diuretik.

2. Kaya dengan sumber mineral dan vitamin
Buah ini kaya dengan sumber mineral yang diperlukan untuk kesihatan tubuh badan dan mengandungi Vitamin A, B dan C. Sumber ini membantu meningkatkan oksigen dalam darah dan melindungi kulit daripada kesan berbahaya seperti radikal bebas selain membantu seseorang untuk mengekalkan kulit berseri dari dalam.

3. Mengandungi karbohidrat
Karbohidrat penting untuk tubuh badan kerana ia sumber tenaga yang utama. Epal hijau juga kaya dengan karbohidrat iaitu dengan anggaran 22 g per 154 g epal. Kombinasi serta dan karbohidrat menggalakkan rasa kekenyangan tubuh badan sehingga menghalang seseorang itu mengunyah makanan yang tidak sihat.

Kesimpulannya, epal hijau mengandungi serat yang tinggi, pelbagai jenis mineral dan vitamin dan buah yang berkalori rendah.

Bagaimanapun, anda tidak digalakkan makan epal melebihi enam biji sehari kerana kadar gula dalam tubuh akan meningkat. Jangan sesekali mengamalkan diet yang hanya makan epal setiap hari tanpa mengambil makanan lain.
Pakar nutrisi juga menasihatkan supaya pengamal diet tidak hanya makan epal hijau ketika mahu menurunkan berat badan. Sebaliknya, harus mengambil makanan yang membekalkan nutrien lain termasuk protein.

P/S : Bagi sesiapa yang mencari pelan internet untuk rumah atau opis dan juga plan celcom postpaid siap PERCUMA SMARTPHONE boleh baca iklan di bawah.

1. IKLAN POSTPAID CELCOM

tag

Wahhhh. Percuma IPHONE 6 32GB atau Huawei Nova 2i jika daftar PLAN POSTPAID CELCOM 148/188 sebulan .
Testimoni KLIK SINI

2. IKLAN PENDAFTARAN INTERNET Untuk RUMAH ATAU OFFICE

tag

Jom daftar INTERNET MAXIS FIBRE untuk rumah atau opis. UNIFI atau TIME FIBRE pun ada.
Daftar PERCUMA SAHAJA. KLIK SINI untuk WHATSAPP

Reply